Surah ke-111 dalam Mushaf, 5 ayat, bermula pada halaman 603.
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
1. Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!
2. Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.
3. Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.
4. Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. -
5. Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.
Terjemahan makna: Malay Translation - Abdullah Basumayyah, versi 1.0.0, diterbitkan tanpa sebarang perubahan daripada QuranEnc.com. (QuranEnc.com)
Terjemahan menyampaikan makna Al-Quran; ia bukan Al-Quran itu sendiri, iaitu teks Arab di atas.