Logo TartilTartilRadio langsung

Surah Al-Fatihah: teks dan terjemahan makna

Surah ke-1 dalam Mushaf, 7 ayat, bermula pada halaman 1.

Dengar tilawahnyaBaca surah ini dalam Mushaf bersama tafsirSurah Al-Baqarah ›

1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.

7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Terjemahan makna: Malay Translation - Abdullah Basumayyah, versi 1.0.0, diterbitkan tanpa sebarang perubahan daripada QuranEnc.com. (QuranEnc.com)

Terjemahan menyampaikan makna Al-Quran; ia bukan Al-Quran itu sendiri, iaitu teks Arab di atas.

Dengar tilawahnyaBaca surah ini dalam Mushaf bersama tafsirSurah Al-Baqarah ›