Logo TartilTartilRadio langsung

Surah Al-Humazah: teks dan terjemahan makna

Surah ke-104 dalam Mushaf, 9 ayat, bermula pada halaman 601.

Dengar tilawahnyaBaca surah ini dalam Mushaf bersama tafsir‹ Surah Al-‘AsrSurah Al-Fiil ›

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

1. Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,

2. Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;

3. Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!

4. Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam “Al-Hutamah”.

5. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Al-Hutamah” itu?

6. (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -

7. Yang naik menjulang ke hati;

8. Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.

9. (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.

Terjemahan makna: Malay Translation - Abdullah Basumayyah, versi 1.0.0, diterbitkan tanpa sebarang perubahan daripada QuranEnc.com. (QuranEnc.com)

Terjemahan menyampaikan makna Al-Quran; ia bukan Al-Quran itu sendiri, iaitu teks Arab di atas.

Dengar tilawahnyaBaca surah ini dalam Mushaf bersama tafsir‹ Surah Al-‘AsrSurah Al-Fiil ›